05 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin

Hi assalamualaikum. Syawal hampir tiba, puasa hampir meninggalkan kita pada tahun ini. Saya Aisyah Farzana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan yang Nana kenal termasuklah sesiapa yang membaca post blog ini. Nana ingin memohon maaf kepada semua jikalau Nana ada terkasar bahasa atau buat silap. Dengan ini saya...ingin menyusun sepuluh jari dan meminta maaf kepada korang semua. Maafkan Nana yaa :'). Harap Raya pada tahun ini lebih meriah daripada Raya-raya sebelum ni.

Tema baju raya korang apa? Pada tahun ini, Nana pakai baju raya baru warna biru dengan tudung selendang corak atau tudung bawal 2 tone warna kuning biru bersama dengan kasut raya baru tumit tinggi warna coklat atau dengan kasut raya baru warna putih.

Tak sabar nak makan ketupat dan lemang bersama dengan rendang di kampung pada hari Khamis nanti. Rabu ni On The Way to my kampung at Batu Kurau, Perak. Tak sabar hari Khamis ni nak beraya di kampung sedara-mara ayah Nana. Nak kumpul duit raya okay. Malam nanti hari Khamis di kampung, nak main bunga api. Korang pula bagaimana? Okay babbye.

Apa-apa pun,
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Ikhlas dari hati :
Nana =)
-------

04 August 2013

Rindu kawan-kawan kat SMKTTJ.

Nana rindu sangat kawan-kawan SMKTTJ. Nana rindu dekat diorang. Sad sad sad MUCH ! :((( Terutama sekali rindu kat Nur Dayana bt Roslan (1 USM - classmate with her) and Nur Hazwani bt Shamsul Kamal (1 UiTM - kawan baik dari sejak tadika sampai sekrang). Dan rindu kawan-kawan yang lain juga. Okay. Aku harap kita dapat berjumpa semasa dewasa nanti. Kalau umur aku masih panjang. Rindu nak main-main, gurau-gurau, gaduh-gaduh dengan diorang. Diorang kawan yang paling aku sayang. Hmmm.., Aku harap korang sihat. Semoga korang pnjang umur. Aku sentiasa mengingati korang. Korang, aku tak biasa la kat sekolah baru ni. Aku rasa sunyi takda korang. Aku memang kuat bercakap dengan korang. Sejak pindah sekolah baru ni aku jadi pendiam dengan budak lain (pendiam kut). Korang la kawan baik aku. And aku harap korang tak lupa aku. Harap dapat berjumpa. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan dan juga kawan baik. Dan apa-apa yang korang tolong aku tu terima kasih.

Ikhlas dari hati :
Aisyah Farzana
:) .

06 April 2013

Haiwan apa yang korang semua paling suka

Korang suka haiwan apa? Nana paling suka haiwan macam dia comel. Contohnya kucing. Kucing ialah haiwan kegemaran Nana. Kat rumah ada 2 ekor kucing jenis Parsi dan satu ekor kucing jenis Siam.

Ada la kawan Nana sorang tu bela iguana yang kecik tu. Geli la nak pegang iguana. Tapi teringin pulak nak pegang iguana. Siapa teringin nak bela ular? Kalau Nana teringin nak pegang ular tapi geli. Siapa pernah pegang ular. Nak peegi zoo la nak pegang ular.

Nana suka banyak haiwan comel. Contohnya hamster, sugar glider, koala, arnab dan kura-kura yang kecik. Teringin nak bela semua tu. Hamster comel. Pernah pegang hamster, sugar glider dan arnab. Kalau nak pegang koala, kene pergi ke negara China. Sebab Koala dia suka pegang buluh jenis yang kat negara China. Koala kat Malaysia ada ke? Mungkin tak tau.

07 December 2012

Almari pakaian yang kemas?

Setiap wanita pasti mengidamkan wardrobe yang dipenuhi dengan pakaian , kasut dan aksesori wanita seperti di bawah. Betul atau tidak betul?


Anda mesti sukakan wardrobe yang dipenuhi dengan pakaian, kasut dan aksesori wanita. Aisyah juga sukakan wardrobe seperti ini. Kerana almari pakaian ini begitu menarik. Bagaimana anda pula? Cer citer cer citer. Hehe :). Kalau Aisyah beli almari pakaian seperti gambar di atas, saya akan mengantung baju, meletak kasut di rak seperti gambar di atas, beg, kain yang dilipat dan sebagainya. Kalau anda ada wardrobe seperti gambar di atas, anda mahu menyusun kasut, baju, beg dan aksesori wanita dengan kemas. Betul atau tidak betul? Aisyah cuma nak tanya ini sahaja. Ok.

16 June 2012

Bufday saya 15.6.2012


Bufday saya 15.6.2012 (Jumaat). Hari ni 16.6.2012 makan kek. Sedap. Nyum nyum nyum~. Semalam 15.6.2012 tak dapat nk beli kek sebab ayah keje. Hari ni 16.6.2012 dapat beli kek sebab ayah cuti. Beli kek lat kedai melayu. Kek beli kat Ampangan. Sambut hari jadi kat KFC. Makan kek kat sane. Siap order ayam, air pepsi, kentang dan mcm-mcm lagi. Kau ado? Hahahahaha. Saje je :P Best~~~. Korang punye hari jadi bile? Tanye je.

12 May 2012

Comel tak shoutbox saya?

 
Comel tak shoutbox saya? Korang jangan curik gambar atas tu yang shoutbox muke arnab tu. Kalau korang curik, korang dapat dosa. Nak tau tak kenapa Aisyah tak bagi korang curik gambar yang shoutbox arnab tu. Sebab shoutbox gambar arnab tu Aisyah yang buat sendiri. Gambar arnab pon Aisyah buat sendiri. Lepastu gambar arnab tu comel. Arnab tu mate juling sikit sebab kepala dia ke bawah. Tu lah sebabnye dia mata juling sikit. Yang mulut , mata , telinga . hidung dan pipi pon Aisyah buat gune Pixlr. Buat sendiri lah jugak tu kan. Korang jangan nak curik gambar shoutbox arnab yg  kat atas tu. Kalau korang curik atau ambik, korang dapat dosa. 

11 May 2012

Aisyah punye footer blog. Comel tak?


Comel tak footer Aisyah yang buat tu? Coml tk? Coml tk? Coml tk? Kalau tak comel tak yah cakap. Footer tu Aisyah yang buat. Ade warne pink , merah dan purple. Ade gambar 4 hello kitty dan satu rama-rama. Kat gambar tu tulis ' Thanks For Visit Aisyah Farzana Blog ' . Okay. Aisyah minat warne pink ngan purple jekk. Putih , biru , kuning , hijau dan merah pon Aisyah suka. Tapi warne kegemaran Aisyah ialah warne pink (merah jambu). Sebab tulah Aisyah buat blog Aisyah warne pink (merah jambu). Sakit mata ke korang tengok blog Aisyah. Sebab warne pink tu terang. Sakit mata ke korg tengok blog Aisyah? Kalau korang sakit mata tengok blog Aisyah, korang tak yah lah tengok blog Aisyah. Padan muka :P. Hahahaha. Gurau jekk. Salah ke kalau nak gurau ngan korang? Aisyah tengah dengar lagu Najwa Latif.
Mood : Tengah boring ni... 

08 May 2012

Katak damak beracun


Gambar bawah ni bukan tangan saya. Tu tangan orang lain. Tangan saya tak besar macam tu. Tangan saya kecik je.
RONA fizikal katak daripada keluarga Dendrobatidae itu sangat menarik. Komponen warna primer seperti kuning, emas, perak, merah, hijau, biru dan hitam yang mencolok mata dengan rekaan yang berlebihan pasti memukau pandangan orang ramai.

Lebih dikenali sebagai poison dart frog (katak damak beracun), kebanyakan ukuran panjang haiwan comel itu kurang 1.5 sentimeter, tetapi ada juga yang berukuran sehingga mencecah enam sentimeter.

Warna dan saiz berlainan itu bergantung kepada habitat katak tersebut. Ia banyak ditemui di hutan hujan tropika di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah di antara Costa Rica dan Brazil, manakala sedikit di kepulauan Hawaii.

Terdapat lebih 100 spesies katak damak beracun bergantung kepada warna dan corak. Ada yang berwarna hijau dan hitam dengan corak bintik hitam. Ada juga yang seakan-akan buah strawberi, manakala yang lain berbadan warna merah dan berkaki biru.

Amaran

Sebenarnya, warna dan rekaan berlebihan itu merupakan cara katak tersebut memberi amaran kepada haiwan pemangsa. Teknik yang dikenali sebagai pewarnaan aposematik (menggunakan warna untuk menakutkan musuh) turut dimiliki oleh haiwan lain.

Bukan sahaja sebagai amaran, tetapi kulitnya juga mengandungi racun berbisa. Bayangkan, seekor katak jenis keemasan sepanjang lima sentimeter sudah cukup untuk membunuh 10 lelaki dewasa.

Ia menjadikan haiwan tersebut antara yang bertoksik di muka Bumi.


WARNA dan corak pada badan katak ini disebabkan oleh persekitaran habitat haiwan tersebut.

Para saintis masih lagi tidak dapat memastikan sumber toksik yang terdapat pada katak tersebut namun terdapat kemungkinan ia mengasimilasi racun-racun tumbuhan yang dibawa oleh serangga seperti semut, kumbang dan anai-anai.

Peliknya, katak kecil itu hidup secara terasing dan terpisah daripada serangga lain di habitat tersendiri yang tidak mungkin boleh menghasilkan bisa.

Komuniti penyelidikan untuk perubatan menemui kemungkinan beberapa jenis bisa daripada katak tersebut boleh digunakan dalam bidang perubatan.

Pihak terlibat telah membangunkan sejenis kompaun versi bisa sintetik yang boleh dijadikan sebagai ubat penghilang kesakitan.

Cara katak jantan menarik perhatian pasangannya adalah melalui kaedah mengeluarkan getaran vokal yang sangat kuat.

Selepas selesai mengawan, katak betina akan mengeluarkan beberapa dozen telur yang diselaputi pelindung seperti bahan agar-agar di atas daun.

Sepanjang dua minggu pertama, si jantan akan memeriksa telur secara berkala. Apabila berudu menetas, ia akan berenang ke atas badan katak jantan dan bapanya akan membawa ke tempat yang sesuai untuk membesar.

Apabila sudah berada di lokasi yang sesuai, berudu akan hidup secara sendiri dan memerlukan masa tiga bulan untuk mengalami proses metamorfosis menjadi katak kecil.

Jangka hayat seekor katak damak beracun yang hidup dalam persekitaran terasing boleh mencapai lebih 10 tahun.

KATAK jantan akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat bagi menarik pasangan untuk mengawan.

Sesetengah spesies katak itu berada pada tahap terancam kerana kehilangan habitat yang menyebabkan bilangannya semakin berkurang.

Melalui sumber daripada sebuah kedai menjual haiwan eksotik, Reptiles Planet and Pet Studio, untuk memelihara haiwan tersebut di negara ini, seseorang itu perlu memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Ia adalah spesies dilindungi dan harganya sangat mahal dengan minimum harga RM350," ujar seorang pemilik yang tidak mahu dikenali. Buat masa ini, kedai yang terletak di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur itu tidak mempunyai stok.

Tambahnya, katak damak beracun dijaga dengan cara yang amat mudah. Setiap hari haiwan tersebut perlu disembur air dan diberi makan cengkerik kecil.

Bagi yang hidup di habitat liar pula, ia akan memakan serangga kecil seperti semut dan anai-anai. Kebanyakan makanannya ditemui di lantai hutan dengan cara menangkap menggunakan lidah yang panjang.

Saya copy dari http://sktamantuankujaafar2.blogspot.com/

01 May 2012

Aisyah punye header

Comel tak sya punye header???


Biase je kan??? atau header yang saya buat tu buruk sesangat-sngat?? Saya tak gune photoshop and photoscape. Sebab abang saya tak bagi saya download photoshop and photoscape. Saya gune Pixlr je............  Pixlr senang gune. Dulu saya pernah download photoshop tapi abang saya marah sebab saya download photoshop. Saya sebenarnye teringin nak download photoshop and photoscape. Huhhhh....... Kalau lah ade laptop atau komputer sendiri kan bagos. Nanti boleh download macam-macam kalau ade laptop atau komputer sendiri kan???? K. Saya nak gi makan roti nan cheese kat Seremban. Sapew nak ikut saya gi makan roti nan cheese kat Seremban?? Ehh ehh tak boleh. Weekkkk :P

24 April 2012

Hari Sabtu (21 April 2012) hari tu

Hari Sabtu hari tu mahasiswa mahasiswi UKM datang ke sekolah Aisyah. Kan hari Sabtu hari tu kan ade sekolah ganti.darjah 6 je dapat berjumpe ngan mahasiswa mahasiwi UKM. Aisyah darjah 6. Mase pagi2 tu ade buat aktiviti. Cikgu bahagikan kitorang 5 kumpulan. Darjah 6 je. Yang darjah 1 , 2 ,3 ,4 ,5 tu belajar. Darjah 6 tak yah belajar mase hari tu. Mase pagi tu ade macam-mcam aktiviti yang menyeronokkan. Mase lepas rehat tu ade 2 aktiviti. Aktiviti yang ke satu mase lepas rehat tu aktiviti matematik. Kena buat peratusan pakai gule-gule. Sapew betol dapat hadiah. Hehe. Lepas dah buat semua tu, Aisyah ambiklah gula tu. Gula fruit plus. sedap. Nak lagi gule tu....!!!  Lepas dah buat matematik tu, ade aktiviti ekperimen gunung berapi. Bukan gunung berapi betul-betul. Gunung berapi buat pakai tangan liat ngan botol. Mule-mule lekatkan tangn liat tu kat botol tu. Pastu bile dah buat semue tu, orang tu letak bahan-bahan untuk gunung berapi tipu tu. Lepas orang tu dah letak sume bahan tu, gunung berapi tu keluar buih waner pink. Pink colour ma. Name dua orang yang dari UKM tu syafiq dengan ____ yang bergaris ni tak ingat.

Aisyah bukak blog kadang-kadang sebab tahun ni kan Aisyah UPSR.

15 April 2012

Sedapnye cupcake.. Nyummy


Nak satu. Nak satu. Nak satu..... Lapanyew..... Korang suke cupcake yang mane??? Aisyah suke semua cupcake. Sebab semuanye sedap-sedap. Gambar yang cupcake semua tu Aisyah amik dari blog dia Jocely. Tadi main facebook. Bosan nyew~~~~~~......... Dah bosan... Aisyah pegi lah maen blog jap. Sorry kepada korang yang Aisyah tak follow blog korang tuw......... Sebab Aisyah takde mase nak bukak blog. Tu pon sebab ayah Aisyah tak bagi main sangat komputer.... 

Cupcake ke-1 : Cupcake yang gambar kesatu tu nampak macam sedap kan. Lepastu ade benda bulat yang kecik-kecik tu. Lepastu krim cupcake tu berpusing-pusing. Teringin nak makan. Huhuhu

Cupcake ke-2 : Cupcake yang gambar kedua tu coklat. Krimnye berpusing-pusing dan berperisa coklat. Lepastu ade benda warne merah yang kecik-kecik kat krim cupcake tu. I want that cupcake!!!!

Cupcake ke-3 : Cupcake yang gambar ke tiga tu ade bunny. Dah lah cupcake tu cute pulak tu. Lepastu arnab tu senyum. Comelnye~~~... Krimnye warne pink dan berperisa strawberri plak tuh. My favourite fruit is strawberry. You know????!

06 March 2012

Aku menangis kat sekolah tadi sebab........

Aku menangis kat sekolah tadi sebab........ ustaz aku pindah harini. Sedihnya. Ustaz tu encem , baik. Ustaz lah yang paling saya suka kat sekolah tu sebab ustaz tu baik sangat. Ce wahhhh pulak aku!! Tadi mase saya kat sekolah saya menangis sebab ustaz tu pindah kat sekolah lain. Dan ustaz tu mengajar sekolah lain :'(. Teringat kat ustaz lah. Saya nak bagi hadiah kat ustaz sebenarnya tapi saya lupe nak bawak hadiah tu. Sorry eh ustaz. Tapi ustaz tu kata tak kisah. Kalau korang nak tengok gambar ustaz encem ni kat bawah ni.


Semart kan yang gambar ustaz yang kedua tu kan. Teringat kat ustaz. Takpe, ustaz tu kan ade facebook. Name ustaz tu namenye Noor Izzuddin Bin Mat Zain. Name pon sedap. Hehehehehe. Kawan Aisyah pon menangis. Kawan Aisyah yang 4 orang tu termasuk aku. Name kawan Aisyah yang menangis tu namenye Nazatul Huda (aku suka gurau ngan Nazatul) , Alissa (Alissa kawan baik aku) , Fatin Nabila (Fatin kawan biasa aku dan Anur Ahza (Anur kawan biasa aku). Ok.

Semoga ustaz bahagia mengajar di skolah baru.
p/s : Ustaz tu mengajar aku Bahasa Arab.

05 March 2012

Kim Soo Jeong ialah artis kanak-kanak korea....

Yang gambar kat bawah ni name dia Kim Soo jung. Dia comel. Geram. Rase macam nak cubit dia nye pipi yang tembam tu. Hehehehehehe........ Saje je :P.


Yang gambar bawah ni gambar mase yang dia dah sekolah rendah.


Bye bye :D

Mia Sara Nasuha. Mia comel sangat :D


Comel nye Mia Sara Nasuha. Kalaulah dia adik angkat aku. Hahahahaha #ehh tetiba lak aku gelak :O!!! Mia Sara Nasuha ni sekolah kat Sekolah Kebangsaan Damansara. #rasenye kot... Yang gambar bawah ni gambar mase dia kecik lagi.


Kalau aku jumpa dia kat mana-mana aku nak cubit pipi dia sebab dia comel lah. Geramnye!!!! 

p/s : aku suke tengok dia berlakon dan dia comel sangat sangat sangat!! hummm geramnye!

19 December 2011

Hihik


Tadi baru on9 facebook.....  Main game jek. Suke main game...

──-──-───▄▀▀▀▄▄▄▄▄▄▄▀▀▀▄
───-───-─█▒▒░░░░░░░░░▒▒█
───-───-──█░░█░░░░░█░░█
───-──-▄▄──█░░░░█░░░░█──▄▄
──-──-█░░█─▀▄░░░░░░░▄▀─█░░█
█▀▀█────█▀▀▀▀▀▀▀█─█▀▀█─█▀▀█─█▀ ▀▀▀▀█ 
█──█────█───────█─█──█─█──█─█─ ─▄▄▄█ 
█──█────█──█▀█──█─█──█─█──█─█─ ─█▄▄▄ 
█──█────█──█▄█──█─█──█▄█──█─█─ ─█▀▀▀ 
█──▀▀▀█─█───────█─█▄▄───▄▄█─█─ ─▀▀▀█
█▄▄▄▄▄█─█▄▄▄▄▄▄▄█───█▄▄▄█───█▄ ▄▄▄▄█


Saje saje nak buat simbol corak bear love hihik... Korang tengah buat ape tuh... lagipon Aisyah tengah bosan nih...

15 December 2011

Dah lame tak bukak blog , hari ni baru bukak blog...

Dah lame tak bukak blog atau main blog.. Baru Aisyah bukak blog hari ni sebab Aisyah suke main game kat facebook.. Rindu kat blog aku ,seyh....  Aisyah suke main game kat facebook sebenarnye.. hihik.. Aisyah tak de adia lah nak buat post ape hari ni... Aisyah suke main game dengan blog jek... Tapi, game paling Aisyah suke... Tapi, tahun depan kene bukak komputer kadang kadang jek..... Sebab tahun depan Aisyah UPSR... tau tak... UPSR amat penting.. hikhik..... Byeee...... Rindu kat sekolah Aisyah... hihik... K bye semua...
Selamat Bercuti Sekolah.. Hihik.. Bye...
Jaga diri baik-baik mase cuti sekolah ni..

Seorang member dan kawan tgh naik motor

Seorang member dan kawan tgh naik motor pd kelajuan 115km/j..honda cup ja

kawan: slow la cket. laju sgt nie!
member: bez kot!
kawan: gilaaaa
member: ok. tp gtaw dlu ko syg aku.
kawan: fine, aku syg ko....mereng apa mamat ni....slow laaaa
member: hehe...peluk aku cepat. tlg bukak helmet aku pastu ko pkai? rimas ar..

Esok hari, paper melaporkan sebuah kemalangan yg melibatkan seorang penunggang maut manakala seorang lagi selamat dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi brek.

*the truth is member td sedar brek dia rosak masa tgh jalan, tp dia xsmpai hati gtaw kawan dia.. dia suruh kawan dia ckap 'syg awak' dan suruh peluk dia buat kali terakhir. dan dia suruh pakai helmet nak suruh kawan dia selamat. kenapa??? sbb dia tahu dia akan mati.

#sayangilah kawan anda selagi mereka masih ada....

01 December 2011

TARIKH LAHIR KERAMAT!! (sekadar bacaan)

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1—-Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2—-Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3—-Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4—-Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5—-Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6—-Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7—-Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9—-Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Credit: Ieyna  

25 November 2011

Gambar Bergerak Tapi Cantik

Bawah bawah ni gambar cantik/comel.Tambahan pula , gambar bawah ni bergerek-gerakSuke suke suke. 
Ruang Tamu penuh dengan love atau percintaan. :-)
Ruang Tamu mase hari christmas..... :-P: Aku tak suke hari christmas.
Ruang tamu dalam laut! Tak logik nih. Tapi ruang tamu ni cantik.  :-D
Ruang tamu lantai ada rumput! Kalau ada lipan macam mane? :-o
Thanks atau tq sebab dah tengok gambar atas ni. 

16 November 2011

Contest Theme Blog Menarik

Aisyah nak join contest ni lah. Harap ramai orang join contest ni...
Syarat-syaratnya
1.  Follow blog Pikahh , Amalia , Zata. Like ini dan ini.
2 . Warganegara malysia.
3 . Wajib ade blog.
4 . Letak banner contest kat blog.
5 . Buwad satu entry psl contest nieyh .
6 . Postkan link entry anda di kotak komen Pikahh , Amalia atau Zata.
7.  Setiap penyertaan kurang dari 6 orang pada 12.11.11 contest akan dibatalkan.
Hadiah :-
#hadiah nie kalau dh menang ley pilih#
Edit blog denim full. - Amalia
edit full Blog. - Zata
Edit Blogskin without header. - Pikahh
Cursor. - Pikahh
Welcome note. - Pikahh
Opening note. - Pikahh
Edit Pic. - Pikahh
Thanks to Pikahh , Amalia and Zata. :)