Hi assalamualaikum. Syawal hampir tiba, puasa hampir meninggalkan kita pada tahun ini. Saya Aisyah Farzana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua kawan-kawan yang Nana kenal termasuklah sesiapa yang membaca post blog ini. Nana ingin memohon maaf kepada semua jikalau Nana ada terkasar bahasa atau buat silap. Dengan ini saya...ingin menyusun sepuluh jari dan meminta maaf kepada korang semua. Maafkan Nana yaa :'). Harap Raya pada tahun ini lebih meriah daripada Raya-raya sebelum ni.
Tema baju raya korang apa? Pada tahun ini, Nana pakai baju raya baru warna biru dengan tudung selendang corak atau tudung bawal 2 tone warna kuning biru bersama dengan kasut raya baru tumit tinggi warna coklat atau dengan kasut raya baru warna putih.
Tak sabar nak makan ketupat dan lemang bersama dengan rendang di kampung pada hari Khamis nanti. Rabu ni On The Way to my kampung at Batu Kurau, Perak. Tak sabar hari Khamis ni nak beraya di kampung sedara-mara ayah Nana. Nak kumpul duit raya okay. Malam nanti hari Khamis di kampung, nak main bunga api. Korang pula bagaimana? Okay babbye.
Apa-apa pun,
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.
Ikhlas dari hati :
Nana =)
-------