12 May 2012

Comel tak shoutbox saya?

 
Comel tak shoutbox saya? Korang jangan curik gambar atas tu yang shoutbox muke arnab tu. Kalau korang curik, korang dapat dosa. Nak tau tak kenapa Aisyah tak bagi korang curik gambar yang shoutbox arnab tu. Sebab shoutbox gambar arnab tu Aisyah yang buat sendiri. Gambar arnab pon Aisyah buat sendiri. Lepastu gambar arnab tu comel. Arnab tu mate juling sikit sebab kepala dia ke bawah. Tu lah sebabnye dia mata juling sikit. Yang mulut , mata , telinga . hidung dan pipi pon Aisyah buat gune Pixlr. Buat sendiri lah jugak tu kan. Korang jangan nak curik gambar shoutbox arnab yg  kat atas tu. Kalau korang curik atau ambik, korang dapat dosa. 

11 May 2012

Aisyah punye footer blog. Comel tak?


Comel tak footer Aisyah yang buat tu? Coml tk? Coml tk? Coml tk? Kalau tak comel tak yah cakap. Footer tu Aisyah yang buat. Ade warne pink , merah dan purple. Ade gambar 4 hello kitty dan satu rama-rama. Kat gambar tu tulis ' Thanks For Visit Aisyah Farzana Blog ' . Okay. Aisyah minat warne pink ngan purple jekk. Putih , biru , kuning , hijau dan merah pon Aisyah suka. Tapi warne kegemaran Aisyah ialah warne pink (merah jambu). Sebab tulah Aisyah buat blog Aisyah warne pink (merah jambu). Sakit mata ke korang tengok blog Aisyah. Sebab warne pink tu terang. Sakit mata ke korg tengok blog Aisyah? Kalau korang sakit mata tengok blog Aisyah, korang tak yah lah tengok blog Aisyah. Padan muka :P. Hahahaha. Gurau jekk. Salah ke kalau nak gurau ngan korang? Aisyah tengah dengar lagu Najwa Latif.
Mood : Tengah boring ni... 

08 May 2012

Katak damak beracun


Gambar bawah ni bukan tangan saya. Tu tangan orang lain. Tangan saya tak besar macam tu. Tangan saya kecik je.
RONA fizikal katak daripada keluarga Dendrobatidae itu sangat menarik. Komponen warna primer seperti kuning, emas, perak, merah, hijau, biru dan hitam yang mencolok mata dengan rekaan yang berlebihan pasti memukau pandangan orang ramai.

Lebih dikenali sebagai poison dart frog (katak damak beracun), kebanyakan ukuran panjang haiwan comel itu kurang 1.5 sentimeter, tetapi ada juga yang berukuran sehingga mencecah enam sentimeter.

Warna dan saiz berlainan itu bergantung kepada habitat katak tersebut. Ia banyak ditemui di hutan hujan tropika di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah di antara Costa Rica dan Brazil, manakala sedikit di kepulauan Hawaii.

Terdapat lebih 100 spesies katak damak beracun bergantung kepada warna dan corak. Ada yang berwarna hijau dan hitam dengan corak bintik hitam. Ada juga yang seakan-akan buah strawberi, manakala yang lain berbadan warna merah dan berkaki biru.

Amaran

Sebenarnya, warna dan rekaan berlebihan itu merupakan cara katak tersebut memberi amaran kepada haiwan pemangsa. Teknik yang dikenali sebagai pewarnaan aposematik (menggunakan warna untuk menakutkan musuh) turut dimiliki oleh haiwan lain.

Bukan sahaja sebagai amaran, tetapi kulitnya juga mengandungi racun berbisa. Bayangkan, seekor katak jenis keemasan sepanjang lima sentimeter sudah cukup untuk membunuh 10 lelaki dewasa.

Ia menjadikan haiwan tersebut antara yang bertoksik di muka Bumi.


WARNA dan corak pada badan katak ini disebabkan oleh persekitaran habitat haiwan tersebut.

Para saintis masih lagi tidak dapat memastikan sumber toksik yang terdapat pada katak tersebut namun terdapat kemungkinan ia mengasimilasi racun-racun tumbuhan yang dibawa oleh serangga seperti semut, kumbang dan anai-anai.

Peliknya, katak kecil itu hidup secara terasing dan terpisah daripada serangga lain di habitat tersendiri yang tidak mungkin boleh menghasilkan bisa.

Komuniti penyelidikan untuk perubatan menemui kemungkinan beberapa jenis bisa daripada katak tersebut boleh digunakan dalam bidang perubatan.

Pihak terlibat telah membangunkan sejenis kompaun versi bisa sintetik yang boleh dijadikan sebagai ubat penghilang kesakitan.

Cara katak jantan menarik perhatian pasangannya adalah melalui kaedah mengeluarkan getaran vokal yang sangat kuat.

Selepas selesai mengawan, katak betina akan mengeluarkan beberapa dozen telur yang diselaputi pelindung seperti bahan agar-agar di atas daun.

Sepanjang dua minggu pertama, si jantan akan memeriksa telur secara berkala. Apabila berudu menetas, ia akan berenang ke atas badan katak jantan dan bapanya akan membawa ke tempat yang sesuai untuk membesar.

Apabila sudah berada di lokasi yang sesuai, berudu akan hidup secara sendiri dan memerlukan masa tiga bulan untuk mengalami proses metamorfosis menjadi katak kecil.

Jangka hayat seekor katak damak beracun yang hidup dalam persekitaran terasing boleh mencapai lebih 10 tahun.

KATAK jantan akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat bagi menarik pasangan untuk mengawan.

Sesetengah spesies katak itu berada pada tahap terancam kerana kehilangan habitat yang menyebabkan bilangannya semakin berkurang.

Melalui sumber daripada sebuah kedai menjual haiwan eksotik, Reptiles Planet and Pet Studio, untuk memelihara haiwan tersebut di negara ini, seseorang itu perlu memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Ia adalah spesies dilindungi dan harganya sangat mahal dengan minimum harga RM350," ujar seorang pemilik yang tidak mahu dikenali. Buat masa ini, kedai yang terletak di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur itu tidak mempunyai stok.

Tambahnya, katak damak beracun dijaga dengan cara yang amat mudah. Setiap hari haiwan tersebut perlu disembur air dan diberi makan cengkerik kecil.

Bagi yang hidup di habitat liar pula, ia akan memakan serangga kecil seperti semut dan anai-anai. Kebanyakan makanannya ditemui di lantai hutan dengan cara menangkap menggunakan lidah yang panjang.

Saya copy dari http://sktamantuankujaafar2.blogspot.com/

01 May 2012

Aisyah punye header

Comel tak sya punye header???


Biase je kan??? atau header yang saya buat tu buruk sesangat-sngat?? Saya tak gune photoshop and photoscape. Sebab abang saya tak bagi saya download photoshop and photoscape. Saya gune Pixlr je............  Pixlr senang gune. Dulu saya pernah download photoshop tapi abang saya marah sebab saya download photoshop. Saya sebenarnye teringin nak download photoshop and photoscape. Huhhhh....... Kalau lah ade laptop atau komputer sendiri kan bagos. Nanti boleh download macam-macam kalau ade laptop atau komputer sendiri kan???? K. Saya nak gi makan roti nan cheese kat Seremban. Sapew nak ikut saya gi makan roti nan cheese kat Seremban?? Ehh ehh tak boleh. Weekkkk :P