07 December 2012

Almari pakaian yang kemas?

Setiap wanita pasti mengidamkan wardrobe yang dipenuhi dengan pakaian , kasut dan aksesori wanita seperti di bawah. Betul atau tidak betul?


Anda mesti sukakan wardrobe yang dipenuhi dengan pakaian, kasut dan aksesori wanita. Aisyah juga sukakan wardrobe seperti ini. Kerana almari pakaian ini begitu menarik. Bagaimana anda pula? Cer citer cer citer. Hehe :). Kalau Aisyah beli almari pakaian seperti gambar di atas, saya akan mengantung baju, meletak kasut di rak seperti gambar di atas, beg, kain yang dilipat dan sebagainya. Kalau anda ada wardrobe seperti gambar di atas, anda mahu menyusun kasut, baju, beg dan aksesori wanita dengan kemas. Betul atau tidak betul? Aisyah cuma nak tanya ini sahaja. Ok.

16 June 2012

Bufday saya 15.6.2012


Bufday saya 15.6.2012 (Jumaat). Hari ni 16.6.2012 makan kek. Sedap. Nyum nyum nyum~. Semalam 15.6.2012 tak dapat nk beli kek sebab ayah keje. Hari ni 16.6.2012 dapat beli kek sebab ayah cuti. Beli kek lat kedai melayu. Kek beli kat Ampangan. Sambut hari jadi kat KFC. Makan kek kat sane. Siap order ayam, air pepsi, kentang dan mcm-mcm lagi. Kau ado? Hahahahaha. Saje je :P Best~~~. Korang punye hari jadi bile? Tanye je.

12 May 2012

Comel tak shoutbox saya?

 
Comel tak shoutbox saya? Korang jangan curik gambar atas tu yang shoutbox muke arnab tu. Kalau korang curik, korang dapat dosa. Nak tau tak kenapa Aisyah tak bagi korang curik gambar yang shoutbox arnab tu. Sebab shoutbox gambar arnab tu Aisyah yang buat sendiri. Gambar arnab pon Aisyah buat sendiri. Lepastu gambar arnab tu comel. Arnab tu mate juling sikit sebab kepala dia ke bawah. Tu lah sebabnye dia mata juling sikit. Yang mulut , mata , telinga . hidung dan pipi pon Aisyah buat gune Pixlr. Buat sendiri lah jugak tu kan. Korang jangan nak curik gambar shoutbox arnab yg  kat atas tu. Kalau korang curik atau ambik, korang dapat dosa. 

11 May 2012

Aisyah punye footer blog. Comel tak?


Comel tak footer Aisyah yang buat tu? Coml tk? Coml tk? Coml tk? Kalau tak comel tak yah cakap. Footer tu Aisyah yang buat. Ade warne pink , merah dan purple. Ade gambar 4 hello kitty dan satu rama-rama. Kat gambar tu tulis ' Thanks For Visit Aisyah Farzana Blog ' . Okay. Aisyah minat warne pink ngan purple jekk. Putih , biru , kuning , hijau dan merah pon Aisyah suka. Tapi warne kegemaran Aisyah ialah warne pink (merah jambu). Sebab tulah Aisyah buat blog Aisyah warne pink (merah jambu). Sakit mata ke korang tengok blog Aisyah. Sebab warne pink tu terang. Sakit mata ke korg tengok blog Aisyah? Kalau korang sakit mata tengok blog Aisyah, korang tak yah lah tengok blog Aisyah. Padan muka :P. Hahahaha. Gurau jekk. Salah ke kalau nak gurau ngan korang? Aisyah tengah dengar lagu Najwa Latif.
Mood : Tengah boring ni... 

08 May 2012

Katak damak beracun


Gambar bawah ni bukan tangan saya. Tu tangan orang lain. Tangan saya tak besar macam tu. Tangan saya kecik je.
RONA fizikal katak daripada keluarga Dendrobatidae itu sangat menarik. Komponen warna primer seperti kuning, emas, perak, merah, hijau, biru dan hitam yang mencolok mata dengan rekaan yang berlebihan pasti memukau pandangan orang ramai.

Lebih dikenali sebagai poison dart frog (katak damak beracun), kebanyakan ukuran panjang haiwan comel itu kurang 1.5 sentimeter, tetapi ada juga yang berukuran sehingga mencecah enam sentimeter.

Warna dan saiz berlainan itu bergantung kepada habitat katak tersebut. Ia banyak ditemui di hutan hujan tropika di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah di antara Costa Rica dan Brazil, manakala sedikit di kepulauan Hawaii.

Terdapat lebih 100 spesies katak damak beracun bergantung kepada warna dan corak. Ada yang berwarna hijau dan hitam dengan corak bintik hitam. Ada juga yang seakan-akan buah strawberi, manakala yang lain berbadan warna merah dan berkaki biru.

Amaran

Sebenarnya, warna dan rekaan berlebihan itu merupakan cara katak tersebut memberi amaran kepada haiwan pemangsa. Teknik yang dikenali sebagai pewarnaan aposematik (menggunakan warna untuk menakutkan musuh) turut dimiliki oleh haiwan lain.

Bukan sahaja sebagai amaran, tetapi kulitnya juga mengandungi racun berbisa. Bayangkan, seekor katak jenis keemasan sepanjang lima sentimeter sudah cukup untuk membunuh 10 lelaki dewasa.

Ia menjadikan haiwan tersebut antara yang bertoksik di muka Bumi.


WARNA dan corak pada badan katak ini disebabkan oleh persekitaran habitat haiwan tersebut.

Para saintis masih lagi tidak dapat memastikan sumber toksik yang terdapat pada katak tersebut namun terdapat kemungkinan ia mengasimilasi racun-racun tumbuhan yang dibawa oleh serangga seperti semut, kumbang dan anai-anai.

Peliknya, katak kecil itu hidup secara terasing dan terpisah daripada serangga lain di habitat tersendiri yang tidak mungkin boleh menghasilkan bisa.

Komuniti penyelidikan untuk perubatan menemui kemungkinan beberapa jenis bisa daripada katak tersebut boleh digunakan dalam bidang perubatan.

Pihak terlibat telah membangunkan sejenis kompaun versi bisa sintetik yang boleh dijadikan sebagai ubat penghilang kesakitan.

Cara katak jantan menarik perhatian pasangannya adalah melalui kaedah mengeluarkan getaran vokal yang sangat kuat.

Selepas selesai mengawan, katak betina akan mengeluarkan beberapa dozen telur yang diselaputi pelindung seperti bahan agar-agar di atas daun.

Sepanjang dua minggu pertama, si jantan akan memeriksa telur secara berkala. Apabila berudu menetas, ia akan berenang ke atas badan katak jantan dan bapanya akan membawa ke tempat yang sesuai untuk membesar.

Apabila sudah berada di lokasi yang sesuai, berudu akan hidup secara sendiri dan memerlukan masa tiga bulan untuk mengalami proses metamorfosis menjadi katak kecil.

Jangka hayat seekor katak damak beracun yang hidup dalam persekitaran terasing boleh mencapai lebih 10 tahun.

KATAK jantan akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat bagi menarik pasangan untuk mengawan.

Sesetengah spesies katak itu berada pada tahap terancam kerana kehilangan habitat yang menyebabkan bilangannya semakin berkurang.

Melalui sumber daripada sebuah kedai menjual haiwan eksotik, Reptiles Planet and Pet Studio, untuk memelihara haiwan tersebut di negara ini, seseorang itu perlu memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Ia adalah spesies dilindungi dan harganya sangat mahal dengan minimum harga RM350," ujar seorang pemilik yang tidak mahu dikenali. Buat masa ini, kedai yang terletak di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur itu tidak mempunyai stok.

Tambahnya, katak damak beracun dijaga dengan cara yang amat mudah. Setiap hari haiwan tersebut perlu disembur air dan diberi makan cengkerik kecil.

Bagi yang hidup di habitat liar pula, ia akan memakan serangga kecil seperti semut dan anai-anai. Kebanyakan makanannya ditemui di lantai hutan dengan cara menangkap menggunakan lidah yang panjang.

Saya copy dari http://sktamantuankujaafar2.blogspot.com/

01 May 2012

Aisyah punye header

Comel tak sya punye header???


Biase je kan??? atau header yang saya buat tu buruk sesangat-sngat?? Saya tak gune photoshop and photoscape. Sebab abang saya tak bagi saya download photoshop and photoscape. Saya gune Pixlr je............  Pixlr senang gune. Dulu saya pernah download photoshop tapi abang saya marah sebab saya download photoshop. Saya sebenarnye teringin nak download photoshop and photoscape. Huhhhh....... Kalau lah ade laptop atau komputer sendiri kan bagos. Nanti boleh download macam-macam kalau ade laptop atau komputer sendiri kan???? K. Saya nak gi makan roti nan cheese kat Seremban. Sapew nak ikut saya gi makan roti nan cheese kat Seremban?? Ehh ehh tak boleh. Weekkkk :P

24 April 2012

Hari Sabtu (21 April 2012) hari tu

Hari Sabtu hari tu mahasiswa mahasiswi UKM datang ke sekolah Aisyah. Kan hari Sabtu hari tu kan ade sekolah ganti.darjah 6 je dapat berjumpe ngan mahasiswa mahasiwi UKM. Aisyah darjah 6. Mase pagi2 tu ade buat aktiviti. Cikgu bahagikan kitorang 5 kumpulan. Darjah 6 je. Yang darjah 1 , 2 ,3 ,4 ,5 tu belajar. Darjah 6 tak yah belajar mase hari tu. Mase pagi tu ade macam-mcam aktiviti yang menyeronokkan. Mase lepas rehat tu ade 2 aktiviti. Aktiviti yang ke satu mase lepas rehat tu aktiviti matematik. Kena buat peratusan pakai gule-gule. Sapew betol dapat hadiah. Hehe. Lepas dah buat semua tu, Aisyah ambiklah gula tu. Gula fruit plus. sedap. Nak lagi gule tu....!!!  Lepas dah buat matematik tu, ade aktiviti ekperimen gunung berapi. Bukan gunung berapi betul-betul. Gunung berapi buat pakai tangan liat ngan botol. Mule-mule lekatkan tangn liat tu kat botol tu. Pastu bile dah buat semue tu, orang tu letak bahan-bahan untuk gunung berapi tipu tu. Lepas orang tu dah letak sume bahan tu, gunung berapi tu keluar buih waner pink. Pink colour ma. Name dua orang yang dari UKM tu syafiq dengan ____ yang bergaris ni tak ingat.

Aisyah bukak blog kadang-kadang sebab tahun ni kan Aisyah UPSR.

15 April 2012

Sedapnye cupcake.. Nyummy


Nak satu. Nak satu. Nak satu..... Lapanyew..... Korang suke cupcake yang mane??? Aisyah suke semua cupcake. Sebab semuanye sedap-sedap. Gambar yang cupcake semua tu Aisyah amik dari blog dia Jocely. Tadi main facebook. Bosan nyew~~~~~~......... Dah bosan... Aisyah pegi lah maen blog jap. Sorry kepada korang yang Aisyah tak follow blog korang tuw......... Sebab Aisyah takde mase nak bukak blog. Tu pon sebab ayah Aisyah tak bagi main sangat komputer.... 

Cupcake ke-1 : Cupcake yang gambar kesatu tu nampak macam sedap kan. Lepastu ade benda bulat yang kecik-kecik tu. Lepastu krim cupcake tu berpusing-pusing. Teringin nak makan. Huhuhu

Cupcake ke-2 : Cupcake yang gambar kedua tu coklat. Krimnye berpusing-pusing dan berperisa coklat. Lepastu ade benda warne merah yang kecik-kecik kat krim cupcake tu. I want that cupcake!!!!

Cupcake ke-3 : Cupcake yang gambar ke tiga tu ade bunny. Dah lah cupcake tu cute pulak tu. Lepastu arnab tu senyum. Comelnye~~~... Krimnye warne pink dan berperisa strawberri plak tuh. My favourite fruit is strawberry. You know????!

06 March 2012

Aku menangis kat sekolah tadi sebab........

Aku menangis kat sekolah tadi sebab........ ustaz aku pindah harini. Sedihnya. Ustaz tu encem , baik. Ustaz lah yang paling saya suka kat sekolah tu sebab ustaz tu baik sangat. Ce wahhhh pulak aku!! Tadi mase saya kat sekolah saya menangis sebab ustaz tu pindah kat sekolah lain. Dan ustaz tu mengajar sekolah lain :'(. Teringat kat ustaz lah. Saya nak bagi hadiah kat ustaz sebenarnya tapi saya lupe nak bawak hadiah tu. Sorry eh ustaz. Tapi ustaz tu kata tak kisah. Kalau korang nak tengok gambar ustaz encem ni kat bawah ni.


Semart kan yang gambar ustaz yang kedua tu kan. Teringat kat ustaz. Takpe, ustaz tu kan ade facebook. Name ustaz tu namenye Noor Izzuddin Bin Mat Zain. Name pon sedap. Hehehehehe. Kawan Aisyah pon menangis. Kawan Aisyah yang 4 orang tu termasuk aku. Name kawan Aisyah yang menangis tu namenye Nazatul Huda (aku suka gurau ngan Nazatul) , Alissa (Alissa kawan baik aku) , Fatin Nabila (Fatin kawan biasa aku dan Anur Ahza (Anur kawan biasa aku). Ok.

Semoga ustaz bahagia mengajar di skolah baru.
p/s : Ustaz tu mengajar aku Bahasa Arab.

05 March 2012

Kim Soo Jeong ialah artis kanak-kanak korea....

Yang gambar kat bawah ni name dia Kim Soo jung. Dia comel. Geram. Rase macam nak cubit dia nye pipi yang tembam tu. Hehehehehehe........ Saje je :P.


Yang gambar bawah ni gambar mase yang dia dah sekolah rendah.


Bye bye :D

Mia Sara Nasuha. Mia comel sangat :D


Comel nye Mia Sara Nasuha. Kalaulah dia adik angkat aku. Hahahahaha #ehh tetiba lak aku gelak :O!!! Mia Sara Nasuha ni sekolah kat Sekolah Kebangsaan Damansara. #rasenye kot... Yang gambar bawah ni gambar mase dia kecik lagi.


Kalau aku jumpa dia kat mana-mana aku nak cubit pipi dia sebab dia comel lah. Geramnye!!!! 

p/s : aku suke tengok dia berlakon dan dia comel sangat sangat sangat!! hummm geramnye!